Mind Maps Challenge Activity

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada petang 21 December 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan aktiviti mind maps challenge dimana peserta dikehendaki untuk melakar peta minda yang merujuk kepada hieraki kekeluargaan peserta sendiri. Lakaran itu dibuat di kertas kosong terlebih dahulu sebelum ditransformasikan ke dalam komputer. Kebanyakan peserta memilih untuk menggunakan Ms. Word bagi melaksanakan aktiviti ini.

Hal ini kerana, Ms. Word mempuyai bentuk yang pelbagai dan senang untuk diolah. Seramai enam (6) orang peserta telah berjaya melaksanakan aktiviti ini. Peserta terlebih dahulu diberikan peluang untuk mencari hieraki kekeluargaan yang menarik melalui carian google untuk mendapatkan idea untuk melaksanakan aktiviti ini. Setelah itu, mereka dibimbing bersama-sama untuk mentransformasikan peta minda hierarki kekeluargaan tersebut dan mengolahnya mengikut kehendak masing-masing. Akhir sekali, peserta yang berjaya turut diberikan hadiah berupa kipas tangan KDB “tidak pasti jangan kongsi” sebagai penghargaan.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
• Mendedahkan peserta dengan fungsi bentuk di Ms.Word
• Membimbing peserta untuk mentransformasikan idea kreatif peta minda hierarki kekeluargaan untuk direalisasikan menggunakan Ms. Word
• Mengetahui asas pengolahan bentuk
• Memasukkan perkataan ke dalam bentuk yang dipilih
• Latihan ICT secara berterusan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali